KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Konsumer Huawei China, Richard Yu (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Porsche Design, Jan Becker (kanan) menunjukkan Huawei Mate 10 yang baru. FOTO AFP
Afiq Hanif
afiq_hanif@metro.com.my


HUAWEI melancarkan dua model telefon pintar, Mate 10 dan Mate 10 Pro yang menggunakan penprosesan Kirin 970 dan EMUI 8.0 di Munich, Jerman hari ini.

Huawei Mate 10 mempunyai saiz skrin 5.9 inci manakala Mate 10 Pro, 6 inci yang mana masing-masing mempunyai paparan FullView dengan ratio skrin-ke-badan lebih tinggi.

Mate 10 juga mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate 10 Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

Meneruskan kerjasama dengan Leica, ia mempunyai kamera dwi lensa jenis SUMMILUX-H dengan apertur f/1.6 dan ciri bokeh baru yang menghasilkan imej cantik.

Ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dan mampu bertahan sehari suntuk untuk penggunaan aktif.

Sementara itu, Mate 10 Pro juga ditambah ciri IP67 yang kalis air dan debu.

Warna ditawarkan Mate 10 Pro termasuk coklat, hitam, emas dan emas merah jambu manakala Mate 10 mempunyai pilihan warna biru, kelabu, coklat serta emas merah jambu.

Mate 10 dan Mate 10 Pro masing-masing dijual pada harga €699 (RM3,481) dan €799 (RM3,980).

Ia akan mula dijual penghujung Oktober untuk Mate 10 dan pertengahan November bagi Mate 10 Pro.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2017 @ 12:29 AM