PENGENALAN tiga gajet terbaru dianggap antara yang terbaik.
PENGENALAN tiga gajet terbaru dianggap antara yang terbaik.
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my


Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) memperkenalkan dua produk peranti boleh pakai (wearable) serta fon telinga termasuk Gear Sport, Gear Fit2 Pro dan Gear IconX.

Semua peranti ini membantu dalam pelbagai aktiviti seperti mengesan nutrisi dan tidur selain bertindak sebagai jurulatih kecergasan yang ditambah dengan keupayaan baru bagi mencapai sasaran penggunanya.

Dua jam pintar, Gear Sport dan Gear Fit2 Pro misalnya mempunyai keupayaan kalis air dan boleh dibawa berenang selain lengkap dengan aplikasi Speedo On 2 yang mengesan metrik renangan termasuk jumlah pusingan, masa dan jenis renang

Pengesan kadar degupan jantungnya pula lebih tepat, sekali gus menjadikan bacaan masa sebenar yang terperinci sama ada sedang aktif atau tidur.

Gear Sport juga mampu bertindak sebagai alat kawalan ketika pembentangan PowerPoint atau mengoperasikan Samsung Gear VR.

Sementara itu, Gear Fit2 Pro pula lengkap dengan GPS terbina pada paparan 1.5 inci yang dibentuk dalam rekaan ergonomik manakala IconX menjadikan fon telinga tanpa wayar yang mempunyai kualiti audio terbaik sesuai untuk pengguna yang gemar berjalan atau mendengar muzik ketika menggunakan sistem pengangkutan.

Ia mempunyai jangka hayat bateri diperbaharui berbanding model lama dengan keupayaan cas pantas selain storan tersedia sehingga 4GB jadi boleh menyimpan muzik di dalam jika tidak mahu menyambungkannya ke mana-mana peranti lain.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GEAR SPORT

Harga: Belum diumumkan

Warna: Hitam / biru

Paparan: 1.2” Circular Super AMOLED 360 x 360, 302ppi

Skrin: Corning Gorilla Glass 3

AP: Dual Core 1.0 GHz

OS: Tizen

Saiz: 42.9 x 44.6 x 11.6mm

Berat: 50g (tanpa gelang)

Tali: 20mm

Memori: 4GB,

RAM: 768MB

Sambungan: BluetoothÆ v4.2, Wi-Fi b/g/n, NFC, GPS/GLONASS/Beidou, Sensor, Accelerometer, Gyro, Barometer, HRM, Ambient light

Bateri: 300mAh

Ciri: Kalis air 5 ATM MIL-STD-810G

Kesesuaian: Samsung Galaxy (Android 4.3), Android 4.4, iPhone 7, 7 Plus, 6S, 6s Plus, SE, 5 *iOS 9.0

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 September 2017 @ 12:52 PM