DUTA ZenFone 4, Gong Yoo.
ST Liew.
ASUS ZenFone 4 Max Pro
ASUS ZenFone 4
ASUS ZenFone 4 Selfie
ASUS ZenFone 4 Pro
Afiq Hanif
afiq_hanif@hmetro.com.my

ASUS bakal menjual tiga telefonnya ke pasaran Malaysia 28 Ogos ini iaitu ZenFone 4 Max Pro, ZenFone 4 Selfie dan ZenFone 4 Selfie Pro.

Ia akan dijual pada harga RM1,099 untuk ZenFone 4 Max Pro, RM1,299 (ZenFone 4 Selfie) dan RM1,799 (ZenFone Selfie Pro).

Manakala model Zenfone 4 akan mula diperkenalkan pada awal September sementara ASUS belum memberi kata putus untuk model Zenfone 4 Pro.

Kelima-lima model terbabit dilancarkan serentak di Taipei, Taiwan apabila ASUS menggunakan konsep ‘We Love Photo’ untuk semua telefon baru mereka pada suku ketiga tahun ini.

ZenFone 4 Max Pro memiliki kapasiti bateri besar sebanyak 5000mAh dan juga berfungsi sebagai ‘powerbank’ manakala kameranya pula mempunyai lensa berkembar beresolusi 16 megapiksel dan 5.0 megapiksel.

Manakala model ZenFone 4 Selfie dan Selfie Pro menampilkan keunikan apabila kamera depannya pula mempunyai lensa berkembar selain memiliki titik fokal menjangkau 12 milimeter.

Pemprosesan membezakan kedua-duanya apabila ZenFone 4 Selfie menggunakan Qualcomm Snapdragon 430 manakala ZenFone 4 Pro pula lebih hebat dengan Snapdragon 625.

Bagi RAM dan bateri pula, kedua-duanya menggunakan kapasiti 4GB serta 3000mAh.

ZenFone 4 Pro menjadi model ‘flagship’ yang dikuasakan pemprosesan Snapdragon 835. Bahagian kameranya lengkap teknologi TriTech+, gabungan sistem PDAF, CDAF, dan laser pada resolusi 12 megapiksel serta 16 megapiksel.

Model ZenFone 4 pula menggunakan pemprosesan Snapdragon 660.

Semua model ZenFone 4 mempunyai paparan sebesar 5.5 inc AMOLED dengan resolusi HD 1080p.

ASUS juga mengumumkan pelakon Korea Selatan, Gong Yoo sebagai duta siri telefon pintar ZenFone 4.

Populariti Yoo akan dimanfaatkan bagi pasaran ASUS di Malaysia, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Hong Kong.

Yoo membintangi filem dan drama popular antaranya Silenced (2011), Train to Busan (2016) dan The Guardian: The Lonely and Great God (2016-2017).

INFO

ASUS ZENFONE 4 MAX PRO

• Harga: RM1,099

• Kesediaan: 28 Ogos

• Paparan: 5.5 inci HD penuh

• Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 425

• RAM: 3GB

• OS: Android 7.0 Nougat, ZenUI 4.0

• Storan: 32GB, slot kad microSD

• Kamera: 16MP+5MP

• Kamera depan: 16MP

• Bateri: 5000mAh

ASUS ZENFONE 4

• Harga: Tidak diumumkan

• Kesediaan: September

• Paparan: 5.5 inci HD penuh

• Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 660

• RAM: 6GB

• OS: Android 7.0 Nougat, ZenUI 4.0

• Storan: 64GB, slot kad microSD (hibrid)

• Kamera: 12MP+8MP

• Kamera depan: 8MP

• Bateri: 3300mAh

ASUS ZENFONE 4 SELFIE

• Harga: RM1,299

• Kesediaan: 28 Ogos

• Paparan: 5.5 inci HD penuh

• Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 430

• RAM: 4GB

• OS: Android 7.0 Nougat, ZenUI 4.0

• Storan: 64GB, slot kad microSD

• Kamera: 16MP

• Kamera depan: 20MP+8MP

• Bateri: 3000mAh

ASUS ZENFONE 4 PRO

• Harga: Tidak diperoleh

• Paparan: 5.5 inci HD penuh

• Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 835

• RAM: 6GB

• OS: Android 7.1 Nougat, ZenUI 4.0

• Storan: 128GB, slot kad microSD (hibrid)

• Kamera: 12MP+16MP

• Kamera depan: 8MP

• Bateri: 3600mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 12:05 PM