HP Malaysia tampil lebih agresif dengan memperkenalkan tiga barisan produk yang amat dinanti-nantikan iaitu model Omen merangkumi Omen Desktop, Omen 15 Laptop dan Omen 17 Laptop.

Direka bentuk semula, barisan baru kali ini mampu memberikan atlet e-sukan dan pemain yang kompetitif kelebihan dan keyakinan untuk bersaing pada peringkat global.

Setiap inci model Omen termasuk paparan dan aksesorinya digabungkan dengan ciri-ciri yang memenuhi keperluan dan kehendak pemain e-sukan di seluruh dunia.

Omen Desktop adalah sebuah komputer berkuasa tinggi yang dibina dengan perkakasan lebih tinggi untuk memberikan inovasi dan keberanian pada ruang permainan.

Memiliki empat bahagian storan dalaman yang boleh ditukar ganti, HP menawarkan dua jenis komputer Omen Desktop iaitu pilihan cip pemprosesan Intel Core i7 bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti (SLI), ataupun cip pemproses AMD Ryzen7 1800X bersama kad grafik RX 580 (Crossfire) untuk memberikan kuasa dengan prestasi tinggi bagi permainan yang paling mencabar pada tetapan dan resolusi lebih tinggi daripada 1080p2.

Ia juga hadir dengan Omen Command Center dengan Overclocking8 untuk meningkatkan prestasi CPU serta Newtork Booster bagi menggerakkan rangkaian trafik permainan dan mengurangkan kependaman permainan dalam talian.

Manakala kuasa grafik GTX1050 dengan pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-7 direka untuk memberi kuasa kepada Omen 15 Laptop.

Komputer riba HD penuh berukuran 15.6 inci berkenaan juga datang bersama sistem penyejukan pelbagai kipas dan perpaipan haba yang terbaik untuk memastikan komputer riba bertahan lama serta tidak terlalu panas.

Mempunyai banyak persamaan, apa yang membezakan Omen 15 Laptop dan Omen 17 Laptop adalah paparannya, Omen 17 lebih besar dengan 17.3 inci, memiliki kad grafik GTX 1070 selain sokongan G-Sync.

SPESIFIKASI:

OMEN DESKTOP

Harga: RM5,999

Pemprosesan: Intel Core i7

OS: Windows 10 Home

Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1080 Ti (SLI)

Storan: Sehingga 2TB

OMEN 15 LAPTOP

Harga: RM4,499

Pemprosesan: Intel Core i7-7700HQ

OS: Windows 10 Home

Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1050 & NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti

Storan: Sehingga 1TB

Skrin: 15.6”

Paparan: HD penuh

Resoluasi: 1920 x 1080

OMEN 17 LAPTOP

Harga: RM8,899

Pemprosesan: Intel Core i7-7700HQ

OS: Windows 10 Home

Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1070

Storan: Sehingga 1TB

Skrin: 17.3”

Paparan: HD penuh

Resoluasi: 1920 x 1080

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 1:17 PM