Wan Nur Ameera Meor Rozman
itmetro@hmetro.com.my

Isteri dan ibu pening memikirkan juadah untuk berbuka puasa. Dengan himpunan pelbagai resipi masakan melalui aplikasi Suudu, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memilih menu menarik buat keluarga.

Suudu adalah aplikasi yang berkaitan dunia pemakanan, sama ada dalam memilih tempat untuk makan, cara memasak, mendapatkan tip dan bahan bacaan bermanfaat serta mendaftar di kelas memasak.

Pada bahagian Resipi Masakan, anda akan diberikan langkah mudah untuk setiap resipi bagi membantu anda dalam penyediaan menu pilihan. Terdapat juga video arahan untuk resipi terpilih.

Melalui aplikasi ini, anda boleh merancang pembelian bahan mentah. Senarai barang bahan mentah yang anda perlu akan disenaraikan seperti kuantiti bawang dan cili.

Bahkan, anda boleh menyimpan dan mempunyai senarai resepi kegemaran anda sendiri. Hanya log masuk dengan alamat e-mel atau dengan menggunakan akses masuk menggunakan akaun Facebook anda.

Selain itu, pengguna turut boleh berkongsi resipi kegemaran menerusi pelbagai platform media sosial bersama rakan.

Suudu boleh dimuat turun daripada platform Play Store dan App Store.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 1:10 PM