RESIPI bubur jagung kurma dan puding roti sihat
Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my


MENYEDIAKAN sarapan sihat tidak memerlukan masa yang panjang. Apa yang utama bahan hendak digunakan. Ia haruslah mengenyangkan, tinggi serat dan protein serta enak dinikmati bersama keluarga.

Namun, kesibukan kerja sering dijadikan alasan oleh ibu bapa untuk menyediakan hidangan sarapan berkhasiat buat si manja tersayang.

Pelajari resipi mudah dengan mencuba pelbagai helah menarik setiap kali anda memasak. Bagi yang jarang ke dapur, pilih asas masakan yang boleh dipelbagaikan rasanya.

Jadikan sumber bijirin, protein dan buah-buahan sebagai bahan utama setiap kali menyediakan sarapan. Kemudian, cabar daya kreativiti dengan mengubah aksesori dan gaya masakan.

Resipi untuk hidangan sarapan ringkas, bubur jagung kurma dan puding roti sihat menggunakan susu segar Dutch Lady. Ajak anak untuk turut serta menyediakan hidangan untuk mewujudkan pagi yang ceria.

KENAPA PERLU MINUM SUSU?

Ada beberapa sebab mengapa susu perlu dijadikan minuman harian, antaranya:

1. Ia membekalkan kalsium yang penting untuk semua peringkat umur, membina jisim tulang dan menguatkan tulang.

2. Menghidratkan badan kerana 95 peratus kandungan susu adalah air.

3. Membekalkan vitamin penting untuk memperbaiki fungsi badan.

4. Mengurangkan masalah keasidan dalam badan.

5. Susu adalah antara makanan ‘lengkap’ kerana mengandungi vitamin, mineral, protein dan lemak yang membekalkan tenaga.

6. Mencantikkan kulit kerana kandungan asid laktik dan asid amino dalam susu membantu melembutkan kulit.

7. Memperbaiki gaya hidup dengan memasukkan susu ke dalam amalan pemakanan sihat.

8. Khasiat dalam susu termasuk protein boleh membantu meningkatkan daya ketahanan badan.

9. Mengurangkan risiko obesiti kerana susu boleh membuatkan kita berasa cepat kenyang.

10. Pilihan terbaik bagi individu yang mahu kurangkan berat badan kerana susu mengandungi kurang kalori tetapi banyak nutrisi.

>b>BUBUR JAGUNG KURMA

BAHAN-BAHAN

- 1 batang jagung

- 2 biji kurma direndam semalaman

- 200 ml susu segar

- Sedikit garam

Cara-caranya:

1. Ambil isi jagung dan rebus selama 15 minit.

2. Kisar kurma dengan susu dan masukkan ke dalamperiuk. Panaskan.

3. Apabila mendidih, masukkan jagung bersama sedikit air rebusan jagung.

4. Masak selama lima minit dan masukkan secubit garam

5. Sajian boleh dinikmati panas atau sejuk.

Nilai kalori 286 kkal

PUDING ROTI SIHAT

Bahan-bahan

- 2 keping roti gandum penuh

- 1 gelas susu segar

- 1 biji telur

- 2 biji kurma

- 2 biji aprikot kering

- 3 biji strawberi untuk hiasan

Cara-caranya

1. Kisar semua bahan kecuali roti

2. Sapukan sedikit minyak zaitun dalam acuan supaya roti tidak melekat

3. Carik roti dan susun di dalam acuan

4. Tuangkan bahan yang dikisar

5. Bakar secara dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 20 minit

Nilai kalori 390 kkal

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 September 2019 @ 5:20 AM