TEMPE goreng Jawa yang telah siap.
Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my


TEMPE, makanan orang Jawa menjadi pilihan ramai tanpa mengira usia. Selain enak, makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ini kaya protein, kalsium dan zat besi dan sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan makanan tinggi protein namun alah dengan minuman soya.

Tempe enak dimasukkan dalam masakan seperti kuah lontong atau masak lemak. Namun segelintir mereka yang tidak meminati tekstur tempe yang lembut boleh digoreng atau dijadikan sambal tempe.

Bagi pelumba kereta, Zaida Mohd Ishak, 55, tempe goreng Jawa menjadi makanan kesukaannya seisi keluarga. Tidak lengkap hidangan tengah hari tanpa menu tempe.

“Disebabkan cara memasaknya sangat mudah jadi tidak menjadi masalah kepada saya menyediakan tempe goreng setiap hari. Malah anak menggemarinya kerana dimakan sebagai kudapan,” katanya.

Untuk menghasilkan tempe yang sedap, rangup disaluti sambal penggunaan bahan adalah sangat penting.

“Untuk menu Jawa rasa manis, masin dan pedas haruslah serasi. Oleh itu saya menggunakan cili kisar, kicap pekat dan gula Melaka sebagai bahan utama untuk mendapatkan rasa manisnya. Semua bahan ini dikacau sebati sehingga kering,” katanya.

Anda juga boleh menambah kentang, ikan bilis, kacang tanah atau sayur-sayuran seperti kacang panjang bagi menyedapkan rasa.

“Terpulang kepada kreativiti dan cita rasa masing-masing bagaimana mahu mempelbagaikannya. Apa yang penting pastikan rasanya serasi dan enak,” katanya.

BAHAN-BAHAN:

- 2 bungkus tempe (dipotong dan digoreng)

- 3 sudu cili kisar

- 2 ulas bawang putih

- 2 ulas bawang merah

- 3 sudu kicap pekat

- 2 tangkai cili merah

- Gula Melaka secukup rasa

- Bawang goreng

- Serbuk perasa (jika suka)

PENGGUNAAN bahan sangat penting untuk hasil hidangan sedap, rangup

CARA-CARANYA

1. PANASKAN minyak kemudian tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.

2.MASUKKAN cili merah yang sudah dipotong kacau sehingga masak.

LANGKAH 1 dan 2

3.MASUKKAN cili kisar, kacau sehingga naik minyak.

LANGKAH 3

4.TAMBAHKAN kicap pekat, gula Melaka, cuka dan serbuk perasa.

LANGKAH 4

5.MASUKKAN tempe yang sudah digoreng dan kacau lagi.

LANGKAH 5 dan 6

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 September 2019 @ 5:10 AM