EMPAT koleksi Crisantha, Azalea, Polino dan Poket didatangkan dengan keistimewaan tersendiri dengan variasi warna menarik.
Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my


JIKA dulu tidak ramai wanita yang menitikberatkan aspek pemilihan telekung. Cukuplah mempunyai sepasang telekung sederhana yang boleh digunakan untuk beribadat namun senario kini jauh berbeza.

Tanyalah kepada mana-mana Muslimah, tentu hampir semuanya mempunyai lebih daripada sepasang telekung yang pelbagai warna, tidak lagi terhad kepada putih meskipun ia masih menjadi pilihan utama.

Sama seperti aliran fesyen busana, perubahan masa dan fesyen terkini dalam dunia pakaian ibadat itu juga turut membawa kepada kepelbagaian cita rasa diri pemakainya.

Aspek yang menjadi keutamaan ketika membeli telekung tentu saja keselesaan, fabrik digunakan, tampak cantik dan tidak panas.

Di samping itu, telekung yang mudah dipakai dan tidak memerlukan penggunaan anak tudung antara yang sentiasa menjadi pilihan selain memenuhi syariat seperti menutupi anak rambut serta dagu dengan sempurna.

Selain untuk kegunaan harian, ada juga yang membeli telekung untuk dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, hadiah atau kegunaan untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji.

Telekung Julia Khaira menawarkan pelbagai pilihan dan juga rekaan merangkumi variasi warna dan fabrik yang bermutu tinggi.


FABRIK yang digunakan tidak panas.

Rekaan yang ringkas dengan sulaman bunga yang indah pasti menarik minat Muslimah untuk tampil selesa dan cantik untuk beribadat.

Diusahakan Julia Muhamad, empat koleksi telekung itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan sangat berbaloi untuk dimiliki.

“Empat koleksi itu adalah Crisantha, Azalea, Polino dan Poket yang didatangkan dengan keistimewaan tersendiri dengan variasi warna menarik.


KOLEKSI bercorak atau kosong turut diserikan dengan renda mewah.

“Didatangkan dalam satu saiz, telekung ini sesuai untuk kegunaan wanita seawal usia remaja hingga dewasa,” katanya.

Julia berkata, semua keluarannya adalah gabungan rekaan tradisional dan moden yang dihasilkan dengan jahitan berkualiti tinggi.

“Disebabkan cita rasa individu itu pelbagai, kami menawarkan telekung bercorak juga kosong dengan renda mewah.

“Setiap koleksi dijual pada harga bermula RM89 hingga M139 mengikut koleksi telekung,” ujarnya.


BOLEH dijadikan hadiah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 4:30 AM