SUSU membekalkan nutrisi yang diperlukan badan.

PADA hari bekerja memang sukar untuk seisi keluarga duduk bersama menikmati sarapan. Biasa juga ibu menyediakan sarapan dalam bekas makanan supaya boleh diambil ketika dalam perjalanan ke sekolah atau tempat kerja.

Dalam keadaan ini, minuman paling mudah untuk dibekalkan adalah susu kotak supaya semuanya boleh memulakan hari dengan sajian bernutrisi. Kepelbagaian perisa susu kotak bukan saja membuatkan ia mudah diterima, bahkan membantu memenuhi keperluan kalsium dan protein harian seperti ditawarkan susu Dutch Lady +Protein yang baru.

Protein adalah asas pembentukan badan manusia bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ. Ia bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan dan membantu membina otot yang kuat untuk setiap aktiviti seharian.

Menurut Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik, minum susu baru ini adalah cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan sepanjang hari. Ia kaya dengan kalsium dan protein berkualiti tinggi selain nutrien penting lain untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat. Dua gelas Dutch Lady +Protein dapat memenuhi 40 peratus keperluan protein harian.

Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition - The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam menyatakan, bukan semua protein itu sama. Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, ada sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap, menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

“Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein tumbuhan. Bagaimanapun, ia memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh memusnahkan nutrien penting, sekali gus menghalang penyerapannya ke dalam badan.

“Susu sedia diminum adalah pilihan sumber protein yang amat baik kerana tidak memerlukan persediaan yang sukar. Ramai tidak menyedari bahawa susu juga mengandungi protein berkualiti tinggi seperti daging di mana kedua-duanya kaya dengan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.

“Protein daripada susu mudah dihadam, bermakna badan dapat menggunakan nutrien dengan cekap untuk meningkatkan kesihatan,” katanya.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu dan tenusu dalam sehari; satu hidangan susu bersamaan dengan 250 mililiter.

Malah pengambilan protein yang tidak mencukupi bukan sahaja boleh membantutkan peningkatan berat badan dan ketinggian, malah kita boleh mengalami kehilangan berat dan jisim badan tanpa lemak yang tidak sihat.

Dia mengesyorkan ibu bapa untuk merujuk kepada ‘Pinggan Sihat Saya’ yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai panduan semasa menyediakan makanan.

“Isikan satu perempat pinggan sarapan dengan karbohidrat, satu perempat pinggan dengan makanan kaya protein dan separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ada pelbagai jenis makanan yang kaya dengan protein seperti daging tanpa lemak, ayam, makanan laut, kekacang, kacang dal, tauhu, tempe dan telur. Anda juga boleh memilih alternatif yang lebih mudah iaitu dengan hanya menambah segelas susu untuk sarapan bernutrisi,” katanya.

Susu Dutch Lady +Protein mengandungi protein berkualiti tinggi untuk pembinaan otot. Kandungan kalsiumnya bukan saja penting untuk tumbesaran tulang kanak-kanak malah membantu mengekalkan mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk orang dewasa bagi menyokong gaya hidup sibuk dan aktif. Ia juga mengandungi vitamin A, B2 dan D yang penting untuk menjaga badan berfungsi dalam keadaan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 5:30 AM