JENAMA pakaian terkemuka buat kolaborasi unik bersama pengilang tayar.
Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

TANYALAH sesiapa saja pasti menyedari kewujudan figura comel berwarna putih dengan badan ‘berketak’ yang menjadi imej sinonim jenama tayar, Michelin.

Baru-baru ini, jenama pakaian dari Jepun, Uniqlo menampilkan kolaborasi unik bersama pengilang tayar daripada Perancis, Michelin Tire PLC menerusi koleksi musim bunga dan panas 2019.

Siri Brands Masterpiece adalah projek kerjasama jenama itu yang menggunakan logo atau produk terkenal daripada beberapa syarikat di dunia sebagai motif.

Kemeja-T dengan saiz lelaki dilancarkan pada 25 Februari, diikuti saiz kanak-kanak pada 18 Mac lalu. Terdapat dua reka bentuk yang boleh didapati sama ada biru atau kelabu.


KOLEKSI musim bunga Uniqlo bersempena sambutan ulang tahun Michelin Man ke-120 tahun lalu.

Dilahirkan pada 1898, Michelin Man menyambut ulang tahun ke-120 tahun lalu dan Uniqlo sekali lagi memilih watak ini yang diketahui dan disayangi ramai orang di seluruh dunia sebagai motif bagi koleksi UTnya.

Michelin berhasrat terus membuat tayar, buku panduan, peta dan produk gaya hidup untuk menyokong mobiliti ramai berdasarkan idea membuat perjalanan lebih menyeronokkan dan selesa, yang menjadi prinsip syarikat sejak penubuhannya.

Bagi mereka yang mahu tampil berbeza dengan gaya unik dan comel, bolehlah mula membelek helaian kemeja-T Uniqlo menerusi koleksi Michelin ini di semua gedung Uniqlo seluruh negara dan menerusi dalam talian.


KOLEKSI Michelin Man tampil gaya unik dan comel.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2019 @ 5:30 AM