ELAK menyimpan gincu di tempat yang terkena sinaran matahari.

RAMAI wanita yang mempunyai kecenderungan membeli beberapa alat solek pada satu masa kerana tertarik dengan warnanya. Bagaimanapun, anda mestri tahu cara terbaik untuk menyimpannya agar ia tahan lama. Antara cara yang boleh digunakan ialah:

Celak dan maskara

Tahukah anda maskara dan celak tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ini kerana kandungannya yang tahan air, akan lebih tahan lama jika tidak disimpan di dalam ruangan yang suhunya lebih sejuk. Namun elakkan di bahagian sejuk beku. Pastikan anda mengeluarkan dahulu beberapa minit sebelum menggunakannya.

Gincu

Elak menyimpan gincu di tempat yang terkena sinaran matahari, misalnya di meja yang menghadap langsung ke tingkap. Jika terkena panas lama-kelamaan gincu menjadi keras. Sebaiknya simpan di suhu ruangan yang kering dan sejuk.

Bedak asas dan pelindung cela

Cara terbaik menyimpan produk ini agar tahan lama adalah dengan menyimpannya pada suhu bilik. Ini kerana suhu kamar membuat formulanya tetap stabil dan tidak cepat rosak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 6:30 AM