KOLEKSI tampak lebih menarik, ceria sesuai untuk mereka gemar kelainan. -Foto: EIZAIRI SHAMSUDIN
Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

ELEMEN unik tidak pernah hilang dalam setiap helaian rekaan Cassey Gan. Saban tahun, wanita ini tidak lelah menterjemah idea yang dipetik daripada pelbagai tema berlainan.

Dia mengambil inspirasi daripada alam, suasana di sekeliling, perubahan zaman dan trend, masa lalu serta kenangan lama, hasil seni hinggalah kepada era fesyen sebelumnya.


1. GAUN bib dengan potongan peplum.

Meneliti koleksi yang dibawa ke pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) lalu, ternyata karya Cassey Gan masih membawa identiti dan tanda pengenalan kukuh dirinya.

Mengetengahkan potongan baju ringkas dengan elemen peplum, apron, jaket bomber dan gaun, koleksi kali ini tampak lebih menarik serta ceria, sesuai untuk mereka yang sukakan kelainan.


2. GAUN corak pepenjuru.

Lihat bagaimana jaket labuhnya dipadankan dengan celana kembang. Begitu juga dengan gaun ringkas tanpa lengan yang disisip padanan corak monokrom. Agak luar biasa apabila setiap helaian rekaannya masih tampak seimbang biarpun fabriknya digabung corak.

Selain bijak bermain dengan fabrik, Cassey Gan juga cemerlang dalam menyusun atur setiap perincian. Tiada jurang skeptikal yang boleh dikesan pada setiap potongan bajunya. Ia kemas dan manis dengan tambahan lipatan serta ropol ringkas. Tambahan corak cerianya melengkapi latar rona pastel.


5. CASSEY Gan di pentas KLFW baru-baru ini.

3. RONA pastel

Mungkin ramai yang sedia maklum, salah satu perincian unik dalam setiap koleksi rekaan Cassey Gan adalah lengan. Tidak pernah terhad kepada potongan lurus atau kembang saja, wanita ini memiliki idea berbeza setiap kali tampil di pentas peragaan.


4. JAKET dengan padanan corak monokrom.

Bagaimanapun, ini mungkin hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan koleksi rekaannya, namun sudah memadai untuk menjelaskan keseluruhan idea yang cuba disampaikan pereka berbakat ini!

TIP FESYEN REMAJA

1. Pilih padanan sesuai dengan ketinggian.

2. Sesuaikan pemilihan warna dan corak dengan aksesori.

3. Elakkan baju dengan perincian sarat.

4. Pertimbangkan garis leher yang lebih sopan.

5. Utamakan gaya berpadanan dengan personaliti diri.

6. Usah memilih pakaian yang menampakkan diri lebih matang berbanding usia.

7. Warna ceria lebih sesuai dengan usia remaja.

8. Pilih jenis fabrik selesa.

9. Sesuaikan pilihan baju dengan majlis yang hendak dihadiri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 5:30 AM