KEK OREN. FOTO Rohanis Shukri
Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


MAKAN petang bersama keluarga tentu menjadi detik yang indah apabila dapat menikmati hidangan lazat disediakan ibu.

Selain hidangan makan petang biasa seperti keropok atau pisang goreng, hidangan enak seperti kek juga boleh menyerikan masa bersama keluarga.

Rasanya yang tidak terlalu lemak, manis dan memuakkan, kek oren antara pilihan yang paling sesuai buat seisi keluarga. Kek oren masih diminati bukan saja golongan berusia malah kanak-kanak biarpun pelbagai jenis kek yang lebih menarik dan mengikut trend semasa dipersembahkan.

Kaedah penyediaan yang mudah dan tidak memerlukan banyak bahan menjadikan kek oren sebagai pilihan untuk hidangan minum petang.

Pengasas Souka Bake Shop, Farah Hasran berkata, kek oren tidak memerlukan banyak bahan malah penyediaannya juga mudah.

Bagaimanapun katanya, bagi menghasilkan kek yang sempurna, cara terbaik adalah menimbang bahan yang akan digunakan seperti telur, gula, dan tepung bagi mendapat adunan sempurna.

Ini kerana katanya, membuat kek tidak boleh diagak-agak seperti masakan lain sebaliknya sukatan bahan yang kurang tepat membuatkan kek tidak menjadi, bantat atau keras.

Mengulas lanjut Farah berkata, apa yang penting kita perlu mengenali ketuhar sendiri kerana setiap ketuhar berbeza menyebabkan masa memasak mungkin tidak sama antara satu sama lain.

“Setiap ketuhar semuanya berbeza yang akan mempengaruhi tempoh memasak dan kita tidak boleh terlalu mengikut masa yang dicatat pada resipi.

“Oleh itu, kita perlu melakukan percubaan demi percubaan menghasilkan sesuatu kek untuk melihat masa sebenar yang diperlukan untuk membakar kek oren yang sedap tanpa rasa terbakar atau menjadi keras di sekelilingnya.

“Selain itu, kita juga boleh cucuk bahagian tengah kek dengan lidi. Keluarkan lidi dan lihat jika bahagian lidi bersih, tiada adunan melekat padanya, bermakna kek sudah masak,” katanya.

Bagi anda yang ingin mencuba resipi ringkas dan mudah ini untuk minum petang seisi keluarga, boleh ikuti langkah mudah ditunjukkan Farah.

BAHANNYA:

• 250 gram (g) mentega

• 250 g gula

• 1 biji oren (diperah dan diambil jusnya)

• Sedikit parutan oren

• 4 biji telur (saiz besar)

• 250g tepung naik sendiri

• 2 sudu besar susu segar

BAHAN HIASAN

• 3 sudu besar gula aising

• 1 sudu besar jus oren yang ditambah sedikit hirisan kulit oren

• 2 sudu besar susu segar

Nota: Satukan semua bahan dan adun hingga sebati.

Hiaskan di atas kek yang sudah sejuk

CARA MEMBUAT:


ZANIFAH bersama anaknya Annis Hizani menyiapkan dekorasi kek di kedai D’ Flower Cake, Rawang. -FOTO: Asyraf Hamzah

PEMILIK D'Flower Cake, Zanifah bersama anaknya Annis Hizani dan kakitangan di kedai D’ Flower Cake, Rawang.

ANAK Zanifah dan kakitangannya turut menyiapkan dekorasi kek.

4. MASUKKAN tepung naik sendiri (yang sudah ditambah serbuk penaik dan garam) sedikit demi sedikit. FOTO Rohanis Shukri

5. TAMBAH susu segar dan putar lagi adunan hingga sebati.

6. FARAH menunjukkan kek oren yang siap dihidang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Februari 2019 @ 9:29 AM