CAMPURKAN madu dan kacau sebati. Lulur ini sedia digunakan.
Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my


PENAMPILAN sentiasa kemas, wajah cantik berseri tanpa sebarang cela, segala-galanya tampak sempurna dan sentiasa bergaya.

Namun dalam kesempurnaan luaran itu, masih terdapat segelintir individu yang mempunyai masalah bau badan yang menyesakkan hidung individu berhampiran sekali gus menggambarkan personaliti kurang menarik pada diri anda.

Tentu saja ia menimbulkan ketidakselesaan pada orang lain, hendak ditegur bimbang disalah erti, namun bau menyesakkan itu begitu merimaskan dan boleh mengganggu emosi ramai pihak. Bagi wanita, bau badan walaupun sedikit tetap merunsingkan.

Selain masalah bau badan, ada juga yang mengalami masalah ketiak berwarna gelap yang membuatkan individu terbabit sentiasa rendah diri terutama apabila mahu menggayakan baju atau gaun tanpa lengan.

Meskipun, masalah itu boleh disembunyikan menerusi pemakaian yang tidak mendedahkan lengan selain menggunakan deodoran, namun ia tetap memberi rasa rendah diri terutama sekiranya dihadapi golongan wanita.

Ternyata dua masalah itu berkait rapat dengan soal penjagaan kebersihan diri kerana umum mengetahui ia dapat diatasi sekiranya individu terbabit sangat mengambil berat soal kebersihan, kerap mandi dan membersihkan diri, menggunakan minyak wangi dan deodoran.

Selain itu lulur badan juga boleh membantu mengatasi masalah bau badan dan ketiak gelap. Tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk melakukan rawatan di pusat kecantikan, kini sesiapa saja boleh menyediakan lulur badan sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi tanpa sebarang risiko membimbangkan.

Menggunakan lemon sebagai bahan utama yang dicampur dengan teh dan madu, lulur ini mudah diadun. Selain membantu mengurangkan masalah bau badan, ia juga sesuai digunakan untuk mengatasi masalah ketiak hitam juga melembutkan kulit badan. Sapu lulur lemon ke seluruh badan dan biarkan seketika dalam tempoh 20 minit kemudian bilas badan menggunakan air suam. Sesuai dilakukan dua kali seminggu.


1. BAHAN-bahan diperlukan dua biji lemon bersaiz sederhana, dua sudu besar madu dan satu uncang teh.

2. POTONG lemon dan buang bijinya.

3. RENDAM teh ke dalam mangkuk menggunakan air panas kira-kira lima minit.

4. MASUKKAN potongan lemon ke dalam mangkuk berisi teh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 January 2019 @ 3:54 PM