Vakum Dyson Cyclone V10
Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

BAGI seorang ibu, tiada perkara yang lebih menyenangkan selain melihat anak membesar dengan sihat dan ceria.

Memenuhi aspirasi itu, aspek kebersihan rumah amat dititikberatkan untuk kesejahteraan bersama.

Namun, rutin harian yang sibuk dengan tugasan di pejabat dan menguruskan rumah tangga serta melayan karenah permata hati menjadikan kerja membersihkan rumah sesuatu yang cukup membebankan.

Kebersihan lantai misalnya, antara yang perlu diberikan perhatian dan dibersihkan selalu kerana ia mudah kotor atau bersepah.

Lazimnya, lantai di ruang tamu sering menjadi tempat anak bermain dan keluarga berkumpul. Justeru, sebagai ibu sudah semestinya ingin memastikan ruang berkenaan bersih dan rapi.

Ragam anak kecil yang sering menumpahkan makanan dan minuman serta menyepahkan barang setiap kali bermain boleh menyebabkan ruang itu kotor.

Lebih membimbangkan, si kecil yang sudah mula merangkak, ada saja yang ingin disentuh, dimasukkan ke dalam mulut dan baring di mana saja diinginkan.

Dengan sistem imun dan pertahanan badan yang masih tidak kuat, mereka mudah terdedah dengan pelbagai penyakit terutama selsema dan batuk. Habuk atau hama pula boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit si kecil.

Hal ini terjadi disebabkan pembersihan rumah yang tidak sempurna. Justeru, cara terbaik dan mudah untuk membersihkannya adalah menggunakan vakum.

Bagaimanapun, membersihkan lantai menggunakan vakum bukan kerja menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika ia berat dan terpaksa mengheretnya di sekeliling rumah.

Kerja membersih juga terhad kerana panjang wayar vakum tidak dapat mencapai ruang ingin dicapai.

Namun, dengan teknologi terbaharu diperkenalkan Dyson menerusi vakum Dyson Cyclone V10, kerja membersihkan ruang kediaman dan sudut paling sukar dicapai menjadi lebih mudah dan pantas.

Direka dengan motor digital terkecil dan ringan serta tanpa wayar, Dyson Cyclone V10 ini sangat mudah dikendalikan.

Terkini, Dyson Cyclone V10 direka dengan motor digital terkecil dan ringan daripada pembersih vakum tanpa wayar, sekali gus mudah dikendalikan serta mampu mempercepatkan tugasan membersih.

Motor digitalnya hampir separuh berat pendahulunya iaitu Dyson V8 selain paling cepat dan padat dengan putaran sehingga 125,000 rpm. Ia juga memacu sedutan yang kuat walaupun datang dalam format tanpa wayar.

Dengan sedutan yang kuat, bijirin yang tumpah di lantai juga cukup mudah untuk dibersihkan.

Membersih permaidani yang menjadi tempat di mana habuk dan hama berkumpul mudah dibersihkan. Sedutannya yang kuat membolehkan kotoran dibersihkan dari dalam dan membersihkan kotaran terperangkap dalam permaidani.

Rambut gugur atau bulu haiwan yang melekat pada permaidani atau lantai juga mudah untuk dibersihkan.

Vakum tanpa wayar ini juga boleh menyedut serpihan besar atau bijirin makanan anak dan debu halus dari lantai.

Sedutan yang kuat dan penggelek pembersih yang lembut mampu mengeluarkan habuk halus dan serpihan besar dari lantai.

Menggunakan vakum ini, rumah juga akan menjadi lebih bersih kerana mesin penapisannya mampu menangkap 99.97 peratus zarah sekecil 0.3 mikron sekali gus menangkap habuk dan alergen bagi membersihkan udara.

Tidak hanya membersih lantai, vakum ini juga membolehkan ruang lebih tinggi dan rendah terutama di bahagian siling rumah, bawah katil, sofa boleh dibersihkan.

Vakum ini juga tidak terhad digunakan di dalam rumah kerana dengan tanpa wayar, ia turut boleh digunakan untuk membersihkan dalam kereta.

Dyson Cyclone V10 turut diperhebat dengan bateri berkuasa tinggi yang membolehkan ia berfungsi sehingga 60 minit tanpa sebarang berat tambahan.

Ia secara tidak langsung membolehkan anda mengemas dan membersihkan di segenap ruang di dalam rumah.

Membersih bilik tidur ketika anak sedang tidur juga tidak menjadi masalah kerana pembersih vakum Dyson Cyclone V10 ini juga kurang bunyi bising.

Justeru, tiada lagi alasan untuk tidak membersih rumah dengan vakum kerana khuatir anak yang sedang tidur lena terjaga disebabkan bunyi bising.

Bagi anda yang ingin menjadikan kerja mengemas rumah lebih praktikal, mudah dan cepat, pembersih vakum Dyson Cyclone V10 pasti tidak mengecewakan anda.

Layari URL di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dyson Cyclone V10:

https://www.dyson.my/vacuums/cordless-vacuums/dyson-v10/features.aspx

https://www.dyson.my/vacuums/cordless-vacuums/dyson-v10/features.aspx?ut...

http://shop.dyson.my/vacuums?utm_campaign=my_en__floorcare__stick__think...

Anda juga boleh mengunjungi Dyson Demo Store di Lot F-227B, Level 1, Gardens Mall, Kuala Lumpur dan Dyson Demo Store di 170-G-46B Plaza Gurney, Pulau Pinang atau membuat pembelian dalam talian di shop.dyson.my/vacuums.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Disember 2018 @ 11:56 AM