Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Keluarga tidak pernah diketepikan walau sesibuk mana sekalipun dirinya dengan aktiviti seni pada setiap hari.

Itu prinsip produser dan dan pelakon Sheila Rusly yang akan memastikan dirinya memasak untuk keluarga tercinta kerana ia pengikat kasih sayang di antara mereka empat beranak.

Tambah pula suaminya, pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan dua anak lelakinya, amat menyukai air tangan Sheila walaupun juadah yang dihidangkan cukup ringkas.

Kata Sheila, dia memang suka memasak dan mencuba resipi baru sama ada yang berasal dari dalam mahupun luar negara.

Malah, dia juga berbesar hati dan gembira untuk berkongsi pelbagai resipi yang sedap dan mudah disediakan di laman Instagramnya istimewa buat peminat yang mahu mencuba sendiri memasak di rumah untuk keluarga mereka.

“Nak jadi seorang isteri dan ibu harus rajin, tidak kisah sama ada anda bekerja mahupun suri rumah.

“Sebab itu, bagaimana sibuk sekalipun saya bekerja membabitkan penggambaran dan sebagainya, saya akan pastikan dapat memasak serta hidangkan makanan di atas meja untuk keluarga.

“Bagi saya itu penting. Disebabkan itu juga, walaupun saya sudah berumur 47 tahun, saya tetap belajar memasak ke mana sahaja saya pergi atau melancong kerana di kesempatan itu, kita berpeluang belajar mengenai juadah istimewa suatu tempat atau negara berlainan.

“Menuntut ilmu itu berterusan dan tak akan pernah habis. Seperti dalam masakan, kita perlu ada ilmu jika mahu tingkatkan lagi kualiti masakan dan untuk mendapatkannya, kena belajar sama ada melalui bahan bacaan mahupun menonton rancangan memasak,” katanya.

Sheila juga mengamalkan sikap rajin bertanya untuk mendapatkan resipi baru.

Dia juga gembira kerana mendapat maklum balas positif dan memberi inspirasi kepada peminat remajanya yang banyak bertanya mengenai bahan-bahan masakan atau resipi untuk mula belajar memasak.

“Alhamdulillah, melalui maklum balas yang diterima, saya seperti memberi inspirasi kepada mereka untuk cuba memasak kerana saya membuat aktiviti memasak itu kelihatan mudah.

“Buat anak muda zaman sekarang, jangan ambil mudah dan berasakan memasak itu suatu perkara yang tidak perlu dilakukan. Belajarlah,” katanya.

Sheila juga akui menggunakan MAGGI Cukup Rasa sebagai penambah rasa untuk melazatkan setiap hidangan dan digemari seluruh ahli keluarga.

MAGGI Cukup Rasa yang diperbuat dari bawang segar dan rempah ratus adalah penambah perasa semua dalam satu yang boleh digunakan untuk segala jenis masakan seperti perapan, tumisan, menggoreng, memanggang dan juga membuat sup.

Ia memudahkan isteri dan ibu yang mempunyai pelbagai tugas menguruskan keluarga selain dapat menyediakan makanan lazat lagi berkhasiat untuk suami serta anak-anak.

Untuk lebih banyak resipi, layari www.maggi.com.my atau Facebook MAGGI Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Disember 2018 @ 7:08 PM