DIHASILKAN daripada fabrik berkualiti tinggi.
Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Apabila ditanya mengenai soal pakaian sesuai yang perlu ada kala mengejarkan ibadat umrah dan haji tentu saja semua memberi jawapan ia perlulah selesa dan memudahkan pergerakan.

Paling utama busana itu dihasilkan daripada fabrik menyerap peluh, tidak panas selain direka dalam rekaan minimalis iaitu ringkas namun selesa dan praktikal.

Atas faktor itu, setiap bakal jemaah perlu peka dan teliti dalam soal pemilihan busana yang ingin dibawa sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Berusaha dalam membantu jemaah wanita mendapatkan busana sesuai dipakai ketika mengejarkan umrah dan haji, jenama Pakaryta Exclusive yang bertapak di Skudai, Johor Bahru tampil dengan koleksi terbaru Jubah Hajjah dan Khimar Hajjah.


SELESA dipakai.

Pengasasnya Nurul Hasnita Taharim berkata, dua koleksi terbaru itu direka khas untuk dipakai ketika menunaikan ibadat umrah dan haji.

Menurutnya, pihaknya menghasilkan jubah seluar untuk wanita daripada fabrik berkualiti tinggi yang bukan saja selesa dipakai malah memudahkan pergerakan ketika di Tanah Suci.

“Jika sebelum ini ramai jemaah wanita yang menyarung jubah pergerakan menjadi sedikit terbatas namun masalah itu dapat diatasi dengan adanya jubah seluar ini.

“Jubah Hajjah ini didatangkan dalam dua pilihan warna saja iaitu hitam dan putih pada saiz bermula S hingga 3XL,” katanya.


SESUAI untuk bakal jemaah haji dan umrah wanita.

Tambahnya, untuk harga pengenalan, jubah hajjah ini dijual pada harga RM120 sepasang dan ia amat berbaloi kerana busana ini sesuai dipakai untuk sebarang majlis bersesuaian.

“Untuk koleksi khimar pula, kami menawarkan 10 warna ekslusif yang boleh dipadankan mengikut kesukaan masing-masing.

“Khimar ini amat mudah dipakai dan hanya dengan sekali sarung, anda boleh terus bersolat di mana saja,” ujarnya.

Nurul Hasnita yang turut menjalankan perniagaan secara atas talian berkata, didatangkan dalam satu saiz dan mempunyai pelapik di bahagian dagu, ia dijual pada harga RM100 sehelai.


MANIS dipandang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Oktober 2018 @ 6:30 AM