PILIHAN untuk lelaki.
Intan Mas Ayu Shahimi
imas@hmetro.com.my

Perubahan cuaca kerap kali mengundang keluh kesah, khususnya bagi mereka yang bekerja di luar, banyak bergerak, gemar bersukan mahupun bergantung kepada khidmat pengangkutan awam untuk pergi dan pulang.

Bukan kerana tidak biasa dengan panas dan hujan, namun ada kalanya pakaian yang dikenakan pada hari berkenaan mendatangkan rasa tidak selesa dengan perubahan cuaca.

Bagi kebanyakan lelaki, pemakaian singlet menjadi kemestian sebelum menyarung kemeja supaya nampak lebih kemas dan selesa. Ada juga yang senang mengenakan baju-T untuk menghindari tompok peluh yang ketara pada kemeja.

Berbeza dengan wanita, pemakaian singlet dan baju-T mini kerap kali digunakan sebagai lapisan pelindung ketika memakai baju berbutang atau yang agak jarang.


PENGUNJUNG melihat bagaimana fabrik koleksi AIRism setanding satin.

Namun, satu hal yang kerap mengganggu apabila berdepan terik matahari atau hujan yang tidak disangka. Kemungkinan besar singlet dan baju-T yang dipakai untuk keselesaan membuatkan seseorang itu lebih rimas.

Ada sebab mengapa Uniqlo memperkenalkan koleksi AIRism Comfort Conditioning Technology. Diperbuat daripada kain teknologi Jepun yang inovatif, AIRism menawarkan pilihan pakaian dalam terbaik untuk lelaki dan wanita.


CECAIR berwarna dititiskan untuk melihat kadar penyerapan fabrik.

Tekstur fabrik yang diketengahkan dalam koleksi ini cukup unik kerana bukan saja menjaga tubuh untuk sentiasa kering, malah sejuk dan selesa dalam semua iklim.

Pernah dilancarkan sebelum ini, Uniqlo sekali lagi mengambil inisiatif memperkenalkan koleksi AIRism kepada pengunjung pusat beli-belah One Utama, sepanjang minggu lalu.

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, pengunjung diberi kesempatan untuk mengenali dan melihat beberapa uji kaji ringkas ke atas fabrik berteknologi Jepun yang digunakan jenama itu dengan lebih dekat.


KETEBALAN fabrik mempengaruhi proses pengeringan.

Baju-T AIRism umpamanya, bersifat mudah menyerap, namun tidak memerangkap peluh. Struktur benangnya yang halus, mudah kering dan sesuai dipakai setiap hari.

Pengunjung yang mengikuti semua uji kaji disediakan akan mendapat baucar bernilai RM10. Baucar bagaimanapun sah untuk pembelian koleksi AIRism terpilih.


PAKAIAN selesa untuk wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 September 2018 @ 7:30 AM