Alias Rani
lias@hmetro.com.my

Hasil kajian SEANUTS Malaysia, 2013, British Journal of Nutrition menunjukkan satu daripada tiga keluarga di negara ini mengalami kekurangan nutrisi penting terutama vitamin C, zat besi dan kalsium.

Ia satu masalah yang cukup serius dan sebenarnya sudah lama berlaku tetapi kita jarang bercakap mengenainya. Mungkin selama ini kita tidak sedar ia mendatangkan masalah kepada kesihatan jika kita tidak mengambil nutrien yang betul atau cukup.

Memburukkan lagi keadaan, tabiat gaya hidup yang sibuk pada hari ini, berubah dengan drastik di mana orang dewasa lebih cenderung kepada waktu makan yang tidak teratur.

Perubahan gaya hidup serta tabiat buruk seperti ini amat sukar untuk memastikan pemakanan dan nutrisi yang betul hingga membawa kepada pelbagai penyakit.

Kita juga kurang pengetahuan mengenai kandungan zat dalam makanan, sebaliknya lebih mementingkan makanan yang enak-enak.

Susu minuman lengkap

Kadang-kadang makanan yang diambil walaupun cukup mewah dan lazat, tidak membentuk nutrisi mikro yang diperlukan tubuh untuk berkembang sepenuhnya. Sebab itulah walaupun kita kenyang, kadangkala kita nampak letih dan tidak bermaya.

Dalam usaha mendidik pengguna dan menangani kekurangan nutrien penting, susu Nestlé EveryDay berkongsi dan menyedarkan orang ramai mengenai pentingnya pengambilan susu dalam kehidupan seharian.

Pengambilan susu adalah baik kerana ia minuman lengkap yang mengandungi protein, lemak dan karbohidrat sehingga tubuh boleh memperolehi tenaga bermacam mineral, vitamin dan berbagai elemen untuk fungsi tubuh.

Malah tidak salah untuk terus menikmati makanan kegemaran anda tetapi tambahkan pengambilan susu Nestlé EveryDay bagi memenuhi jurang nutrien dalam pengambilan makanan kerana susu Nestlé EveryDay menyediakan 100% vitamin C*, zat besi dan kalsium.

Justeru, lengkapkan nutrisi keluarga anda dengan susu Nestlé EveryDay kerana pastinya kita mahukan seisi keluarga untuk hidup cergas dan riang.

*2 Gelas Sehari Vs. RNI 2017, (4-6 Tahun)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 September 2018 @ 2:31 PM