MASAKAN Cina penuhi selera dalam masyarakat Melayu dan India.
MASAKAN Cina penuhi selera dalam masyarakat Melayu dan India.
Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

Masyarakat berbilang bangsa yang hidup harmoni di negara ini memberi kelebihan terhadap kepelbagaian masakan yang dapat dinikmati semua kaum.

Tidak hairan Malaysia terkenal sebagai ‘syurga’ makanan kerana di mana-mana saja, pilihan sajian semua kaum boleh didapati dengan mudah.

Makanan yang sinonim dengan orang Melayu seperti nasi lemak turut digemari masyarakat Cina dan India, begitu juga masakan kaum itu yang sebati dengan selera antara satu sama lain.

Tidak dinafikan, masakan Cina hari ini turut menjadi pilihan ramai, selain rasanya yang enak, ia turut memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Disebabkan banyak permintaan dalam kalangan masyarakat hari ini terutama orang Melayu yang beragama Islam, semakin banyak restoran menyediakan masakan Cina untuk memenuhi permintaan itu.

Jika ke mana-mana restoran, masakan Cina pasti ada dalam menu, sekali gus menunjukkan pengaruh masakan itu begitu kuat dalam masyarakat Melayu dan India.

Di restoran Boraq Boraq, Rawang turut menyediakan masakan itu dan menjadi kegemaran ramai pelanggan.

Pengasasnya, Nur Fasihah Syazana Ishak menunjukkan langkah mudah menyediakan ketam cili.

Bahan:

- Seekor ketam saiz besar, dipotong dua dan digoreng.

- Semangkuk sos cili dan sos tomato.

- Cili merah, bawang putih dan bawang merah, dikisar kasar.

- Sedikit pes taucu

- 1 biji telur

- Garam dan perasa secukup rasa

- Dua sudu tepung jagung

- Sedikit minyak

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 January 2018 @ 12:02 PM