HO (lima dari kiri) ketika sambutan ulang tahun kedua Shopee.
HM Digital

Platform eDagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee baru-baru ini meraikan ulang tahun keduanya menerusi promosi jualan murah membabitkan lebih enam juta produk.

Majlis sambutan dengan tema warna rasmi jenama itu dimeriahkan dengan kehadiran tetamu, usahawan, rakan strategik serta kakitangan Shopee.

Menurut Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho, sambutan ulang tahun itu membawa makna cukup besar buat seluruh warga jenama eDagang berkenaan berikutan merekodkan pencapaian jualan membanggakan dalam tempoh singkat.

“Kami melalui perjalanan dan pengalaman yang cukup manis serta mengujakan sejak pertama kali Shopee dilancarkan. Untuk itu, kami berterima kasih kepada pengguna, pembeli dan usahawan yang tidak jemu memberi sokongan terhadap Shopee,” katanya.

Berikutan kejayaan Jualan Murah Super Shopee 11.11 yang merekodkan 2.5 juta tempahan serta menjual tujuh juta produk, jenama eDagang itu sekali lagi membuat kejutan dengan memperkenalkan jualan murah hari lahir bersama promosi serta tawaran menarik. Ia menjanjikan pengalaman membeli-belah akhir tahun yang lebih menyeronokkan buat pelanggan.

Sehingga berakhirnya hari ini (12 Disember), pelanggan masih boleh mendapatkan produk yang diidamkan pada harga serendah RM12. Jualan kilat Shocking Sale itu berlangsung tanpa henti, lima kali sehari.

Melengkapkan sambutan ulang tahun, pelanggan juga diberi peluang menikmati lebih banyak promosi termasuk Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dan memenangi Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000.

Rakan rasmi termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX dan Photobook turut memeriahkan sambutan dengan promosi eksklusif tersendiri, khusus untuk pengguna Shopee.

Promosi kemuncak adalah baucar aksesori Digi bernilai RM50 yang terhad dijual pada RM12 dan cabutan yang membolehkan 121 pembeli bertuah memenangi 1,212 B Points daripada B Infinite.

“Pelbagai hadiah menarik menanti termasuk percutian untuk dua orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja FPX.

“Pengguna hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian (FPX) sepanjang Disember untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini,” katanya.

Tidak lengkap sambutan tanpa pertandingan media sosial. Bagi merancakkan lagi jualan ulang tahun, Shopee melancarkan pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir. Pengguna berpeluang memenangi hadiah utama sebuah iPad Mini 4 bernilai RM1,899 bersama 500,000 Shopee Coin dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing.

“Kami juga menawarkan hadiah mingguan wang tunai bernilai RM500 untuk pemenang pertandingan Snap and Win dari 21 November hingga 22 Disember depan. Pengguna boleh mengambil dan berkongsi gambar pembelian yang dilakukan menerusi Shopee di Instagram mereka. Seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.

“Bagaimanapun 2017 adalah tahun hebat buat Shopee. Kami akan terus berinovasi menerusi platform ini dan mempelbagaikan lagi rangkaian produk di masa akan datang.

“Kami komited membantu jenama dan usahawan tempatan untuk terus berkembang, merentas sempadan eDagang, sekali gus menjadi destinasi pilihan beli-belah dalam talian terkemuka di rantau ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2017 @ 5:50 AM