PENSYARAH Fakulti Farmasi Wan Hamidi Wan Mohd Sulaiman memberi konsultasi kepada penduduk.
PESERTA KAMU dan pensyarah bergambar kenangan.
PELAJAR Fakulti Farmasi berpeluang menunjukkan cara betul mengendalikan ubat kepada penduduk.
Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my


Umumnya ubat-ubatan adalah selamat sekiranya diambil mengikut dos, masa dan cara yang betul. Jika tidak diambil secara betul, kesan rawatan yang diingini mungkin tidak dapat dicapai sebaliknya ia boleh menyebabkan kesan sampingan.

Tidak kurang juga ramai yang masih tidak sedar atau kurang pengetahuan mengenai cara penyimpanan dengan cara betul bagi memastikan keselamatan ubat-ubatan.

Oleh itu, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Mesra Ubat (KAMU) di Kampung Desa Murni Sanggang dan Kampung Kerdau, Pahang.

Program yang dianjurkan kali keenam itu bertujuan mewujudkan kesedaran mengenai pengurusan kesihatan dan ubat-ubatan dalam masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang tiga hari bagi membantu masyarakat setempat untuk lebih memahami pentingnya mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan secara betul.

Dekan Fakulti Farmasi CUCMS Prof Dr Rosnani Hashim berkata, Kamu adalah tradisi tahunan Fakulti Farmasi yang mendapat sokongan penuh universiti kerana berfungsi sebagai platform untuk pelajar farmasi CUCMS menyumbang kepada masyarakat.

Katanya, aktiviti seperti itu diharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pengendalian ubat dengan betul dan penyimpanan yang selamat.

“Satu lagi komponen menarik iaitu pemeriksaan ubat di rumah yang membolehkan pelajar farmasi menimba ilmu dan melihat lebih dekat bagaimana penduduk kampung menguruskan pengambilan ubat-ubatan mereka.

“Melalui aktiviti ini, pelajar berpeluang memberi nasihat dan menunjukkan cara yang betul untuk mengendalikan ubat-ubatan serta peralatan perubatan,” katanya.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, yang turut diiktiraf sebagai sebahagian daripada Kempen Melawat Pahang 2017. Turut hadir, Penasihat Program KAMU 2017 Shaharuddin Abdul Rashid.

Antara aktiviti tambahan termasuk Program Anak Angkat apabila tiga hingga lima pelajar dibahagikan untuk tinggal bersama keluarga angkat di kampung. Program ini bertujuan memupuk nilai tanggungjawab dan mewujudkan ikatan mesra antara peserta serta penduduk kampung yang terbabit.

Seramai 109 pelajar dan 10 pensyarah dari Fakulti Farmasi terbabit dalam misi kali ini dan program direka sebagai platform untuk perkongsian ilmu di antara pelajar dan masyarakat. Pengalaman daripada program ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam kaunseling dan penetapan dos ubat yang berbeza mengikut keperluan pesakit.

Bagi peserta, Ahmad Aiman ??Syazwan, program itu perlu diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat menanamkan nilai murni dan pada masa sama menggunakan ilmu yang dipelajari untuk membantu orang lain

“Secara tidak langsung membolehkan pelajar mempraktikkan teori yang dipelajari di samping mempelajari daripada penduduk kampung rutin pengambilan ubat mereka. Ia akan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua peserta,” katanya.ubat anda dengan sesuatu yang boleh merosakkannya, seperti sisa kopi atau pasir kucing. Masukkan keseluruhan campuran dalam beg plastik yang ditutup ketat.

Anda juga boleh membawa ubat-ubatan yang tidak digunakan kepada ahli farmasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2017 @ 4:16 PM