Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my


Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk melatih anak mendalami dan menghayati keberkatan berpuasa sebenar. Di sebalik keghairahan melatih si kecil, ibu bapa perlu mengambil kira kemampuan anak menahan lapar dan dahaga sepanjang hari dengan membekalkan tenaga serta pemakanan yang mampu meningkatkan daya tahan mereka.

Peranan ibu bapa bermula daripada mengejutkan anak bersahur, memastikan waktu siang mereka terisi dengan aktiviti yang bersesuaian hingga menyediakan juadah sihat untuk berbuka.

Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata, biarpun tiada umur tertentu yang ditetapkan untuk melatih anak berpuasa, namun boleh mula mendidik si kecil dengan suasana berpuasa seperti mengajak bersahur.

“Saya ada dua anak berusia enam dan dua tahun. Bermula tahun lalu, saya sudah melatih anak sulung mengenali puasa dengan mengajaknya bersahur bersama.

“Tidak menjadi kesalahan untuk ibu bapa memberi makanan jika si kecil memintanya biarpun belum tiba waktu berbuka kerana usia berkenaan belum diwajibkan berpuasa kecuali kanak-kanak yang mencapai umur akil baligh.

“Pendedahan awal ini bertujuan melatih anak dengan menahan sedikit lapar dan pada masa sama ibu bapa perlu memberikan makanan berkhasiat agar mereka sentiasa bertenaga serta sihat sepanjang Ramadan,” katanya.

Jelasnya, ibu bapa perlu mendidik anak dengan keseronokan melakukan ibadat termasuk dalam berpuasa. Ini kerana berpuasa bukan untuk menyeksa hingga menyebabkan mudarat kepada diri sendiri.

Perlu difahami, ibadat puasa sepatutnya tidak boleh memberi mudarat kepada individu yang mengerjakannya. Hukum wajib berpuasa kepada individu yang sudah mencapai umur akil baligh berubah menjadi haram sekiranya jelas dan sudah dinasihatkan doktor supaya tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri atau menyebabkan kematian.

LENGKAPI NUTRISI ANAK

Ada kalanya, kita menyuruh anak berpuasa tetapi tidak menjaga kualiti makanan yang diberikan. Justeru, waktu bersahur sangat penting untuk melatih anak bangun sahur dan menikmati hidangan dalam jumlah sedikit tetapi berkhasiat terutama jika anak begitu memilih makanan.

“Kita hendak bagi anak-anak seronok berpuasa dan bukan menyeksa mereka. Ibu bapa boleh berikan anak-anak keseronokan dalam berpuasa dengan menyediakan ganjaran ketika berbuka sekiranya si kecil dapat berpuasa, sekali gus memberi motivasi untuk terus beribadat.

“Usaha mereka dapat dibalas dengan menyediakan juadah kegemaran ketika berbuka atau kebebasan membeli makanan pilihan sama ada di bazar atau restoran kegemarannya sekiranya nutrisi diperlukan sudah dipenuhi,” katanya.

Begitupun, timbul kebimbangan dalam kalangan ibu bapa apabila memikirkan jurang nutrisi pemakanan anak yang mungkin terabai kerana memilih makanan yang tidak menentu.

Justeru, kehadiran PediaSure dengan rasa madu lazat membantu membuka selera si kecil untuk memilih susu sebagai sajian rutin mereka. Di samping pengambilan PediaSure pada waktu sahur dan berbuka, ibu bapa kini boleh menarik nafas lega untuk memberikan anak mereka juadah mengikut selera diinginkan si kecil.

Ini dapat mewujudkan suasanaharmoni di antara ibu bapa dan anak tanpa menyekat keinginan dan minat mereka untuk terus menjalani ibadat berpuasa sepanjang Ramadan.

“Jika ingin melatih si kecil berpuasa dengan cara betul, sebaiknya berikan makanan berkualiti ketika sahur dan buka seperti susu serta melewatkan waktu sahur.

“Jika anak letih disebabkan makanan diberikan kurang berkhasiat, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian untuk menyediakan sajian yang memberi tenaga serta nutrisi mencukupi kepada si kecil.

“Ibu bapa perlu membekalkan nutrisi lengkap kerana si kecil belum tahu mengenai keperluan badan dan pada masa sama anak harus diberi semangat untuk menikmati makanan sihat sepanjang berpuasa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 12:35 PM