PASTA Telur Masin dengan Udang.
MARIGOLD

Pasta menjadi luar biasa dengan sos telur masin menggunakan Krimer Sejat MARIGOLD. Memang sedap dan mudah disediakan menggunakan resepi ini.

Hidangan: 2

Masa penyediaan: 45 minit

Masa memasak: 35 minit

Bahan-bahan untuk sos telur masin:

2 - 3 biji cili padi, dihiris nipis

3 tangkai daun kari (lebih kurang 40-50 helai daun)

40 g mentega

3 ulas bawang merah, dikisar

3 ulas bawang putih, dikisar

7 kuning telur masin, dikukus dan dilenyek

1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

½ sudu teh serbuk pati ayam

¾ sudu gula

2 sudu besar parmesan, diparut

10 sudu besar minyak masak

garam dan lada hitam secukup rasa

Bahan-bahan untuk udang:

6 ekor udang harimau

1 sudu besar tepung ubi

½ cawan tepung beras

1 biji telur

1 sudu teh serbuk cili (cayenne)

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

Minyak masak (untuk menggoreng)

Bahan-bahan untuk pasta:

180-200 g spageti (No.5)

1 sudu teh garam

1 tangkai daun kari

Cara Penyediaan

Sos kuning telur masin

1. Panaskan 8 sudu teh minyak masak dan goreng kuning telur masin yang sudah dilenyek sehingga wangi dan gebu. Asingkan kedalam mangkuk A sebanyak 70g dan 30g kedalam mangkuk B untuk pasta. Ketepikannya.

2. Tambah 2 sudu teh minyak masak kemudian tumis cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga wangi.

3. Seterusnya masukkan mentega dan Krimer Sejat MARIGOLD. Kacau dan masak sehingga pekat.

4. Masukkan garam, serbuk pati ayam, gula, keju parmesan dan lada hitam secukupnya.

5. Akhir sekali, campurkan daun kari dan kuning telur masin goreng (Mangkuk A) dan masak sehingga naik bau.

Pasta

1. Rebus pasta dalam periuk yang mendidih dengan air garam (1 sudu teh garam dengan 1 liter air), mengikut mengikut arahan pada bungkusannya.

2. Toskan pasta.

3. Panaskan kuning telur masin goreng dalam mangkuk B, daun kari, dan pasta. Kacau sehingga sebati.

Udang

1. Potong udang secara “butterfly cut” dan buang urat.

2. Adunkan garam, gula, serbuk cili, tepung ubi dan telur sehingga sebati.

3. Celup udang ke dalam adunan kemudian salut dengan tepung beras.

4. Goreng garing udang di dalam minyak panas selama 5 minit.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Tip Chef: Apabila memasak pasta, nisbah garam dengan air sepatutnya 1: 100. Oleh itu, bagi setiap 100g air, tambah 1g garam.

Susu Isian Sejat MARIGOLD (390g)

Sesuai untuk memasak, membakar dan minuman, Susu Isian Sejat MARIGOLD adalah susu yang kaya berkrim tanpa gula. Ia juga tanpa kolesterol, sebab itu ia menjadi pilihan yang sihat untuk membuatkan makanan dan minuman anda rasa lebih kaya, lebih berkrim, yang pasti menawan selera. Diperkaya dengan vitamin A dan D.

Maklumat lanjut:

http://www.masakdenganmarigold.com/get_content?menuId=3&contentId=41&con...

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 9:45 AM