PESAWAT Hercules C-130
AFP

SANTIAGO: Pesawat tentera udara Chile bersama 38 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang selepas ia berlepas dari selatan negara itu untuk ke pangkalan di Antartika.

Menurut pasukan tentera udara Chile, 17 orang di dalam pesawat C-130 adalah kru dan baki 21 lagi penumpang.

Pesawat Hercules C-130 itu dipercayai terhempas dan semua pasukan mencari dan menyelamat dikerah untuk melakukan pencarian di kawasan itu, di lokasi terputusnya hubungan dengan pesawat itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pesawat empat enjin itu berlepas dari pangkalan udara dari bandar Punta Arenas semalam jam 4.55 petang (waktu tempatan) dan dilaporkan terputus hubungan pada 6.13 malam (waktu tempatan).

Pesawat itu dilaporkan sedang perjalanan menghantar bantuan logistik kepada kemudahan milik negara itu di Antartika.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Disember 2019 @ 10:48 PM