WHITE Island meletus.
AFP

WELLINGTON: Lebih 24 orang dipercayai terbunuh selepas gunung berapi White Island meletus tanpa amaran hari ini.

Polis New Zealand dalam satu kenyataan berkata sudah tiada lagi mangsa masih hidup yang dijangka diselamatkan dari pulau berkenaan.

Menurut polis, kira-kira 50 pelawat berada di White Island ketika gunung berapi itu meletus pada tengahari, menghamburkan abu dan batu ke udara.

Seramai 23 pelawat berjaya meninggalkan pulau itu, namun lima daripadanya meninggal dunia dan bakinya cedera.

“Kami percaya pelawat lain berjaya dibawa keluar dari pulau itu ketika operasi menyelamat,” kata polis selepas pasukan keselamatan menggunakan helikopter dan pesawat untuk meninjau White Island.

Kata polis, pihaknya dalam usaha untuk mengesahkan jumlah sebenar mangsa yang terbunuh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 9:49 PM