GAMBAR hiasan ‘gas ketawa’
Reuters

AMSTERDAM: Kerajaan Belanda hari ini mengumumkan rancangannya untuk menyenarai hitam gas nitrus oksida juga dikenali sebagai ‘gas ketawa’ dalam dadah terlarang, sebagai tindak balas kepada penggunaan tinggi gas berkenaan dalam kalangan belia negara itu.

Dalam sepucuk surat kepada Parlimen oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Paul Blockhuis, berkata: “penggunaan gas ketawa kini menjadi masalah dadah oleh itu, Undang-undang Opium adalah jalan tepat untuk menanganinya”.

Penggunaan gas itu dibolehkan untuk doktor gigi bagi menahan sakit dan pembuat makanan sebagai bahan propelan.

Apabila disedut, ubat ini menyebabkan euforia jangka pendek yang berkemungkinan besar tidak berbahaya. Tetapi menurut Blockhuis, seseorang itu mampu hilang daya sedar yang boleh menyebabkannya kemalangan kecil atau di jalan raya dan sehingga mengakibatkan kerosakan otak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 9:47 PM