SEORANG lelaki bersenjata melepaskan tembakan di Stesen Udara Tentera Laut Pensacolaa pagi Jumaat. FOTO AP
Agensi

MIAMI: Enam warga Arab Saudi ditahan selepas pelatih tentera udara negara itu melepaskan tembakan di Stesen Udara Tentera Laut Pensacola awal pagi semalam hingga menyebabkan tiga maut dan lapan cedera.

Daily Mail melaporkan, lelaki terbabit ditahan berhampiran lokasi kejadian namun masih tidak dapat dipastikan mengapa mereka ditahan.

Tiga daripada mereka dilihat merakam seluruh kejadian itu, kata sumber kepada The New York Times petang semalam.

Setakat ini, pihak berkuasa masih tidak mengesahkan sama ada mereka adalah pelatih yang berada dalam kelas ketika kejadian berlaku dan siasatan masih dilakukan untuk menentukan ia mempunyai kaitan dengan keganasan.

Penyerang yang ditembak mati oleh polis itu dikenal pasti oleh NBC News sebagai Mohammed Saeed Alshamrani.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 11:15 AM