AMBULANS tiba di lokasi selepas lelaki yang tidak dikenali menyerang tempat berhimpun. FOTO AFP
AFP

BAGHDAD: Sembilan penunjuk perasaan maut selepas lelaki tidak dikenali menyerang tempat mereka berhimpun dalam bantahan antikerajaan di Baghdad, Iraq semalam.

Bantahan dikatakan mula reda menjadi kecoh selepas sekumpulan lelaki yang menaiki trak pikap menyerang sebuah bangunan yang menjadi tempat penunjuk perasaan itu berhimpun, kata beberapa saksi kepada AFP.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, bangunan itu dibakar oleh lelaki tidak dikenali.

Sumber perubatan dan polis berkata, sekurang-kurangnya sembilan penunjuk perasaan itu ditembak mati manakala berpuluh lagi cedera dan angka terbabit dijangka meningkat.

Kematian terbaru menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah hampir 440 orang dan 20,000 cedera sejak bantahan itu tercetus sejak 1 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Disember 2019 @ 10:46 AM