MAYAT mangsa rentung hingga tidak dapat dikenali. FOTO hiasan
AFP

LAGOS: Seorang lelaki mati dibakar hidup-hidup selepas seorang paderi tersilap menyiramnya dengan petrol bukannya air suci ketika satu upacara menyembuhkan penyakit di sini hari ini.

“Paderi ini mengambil bekas yang dipercayainya mengandungi air suci tetapi ia sebenarnya penuh dengan petrol

“Ketika dia menyiram lelaki itu ketika upacara berkenaan sebatang lilin berdekatan menyambar petrol menyebabkan kedua-dua mereka terbakar,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Ibrahim Farinloye.

Ujarnya, kejadian itu menyebabkan gereja yang terletak di Baruwa terbakar sebelum merebak ke paip minyak berhampiran yang turut terbakar.

“Kami berjaya menemui mayat lelaki itu yang rentung hingga tidak dapat dikenali manakala paderi itu cedera parah akibat melecur,” kata Farinloye.

Menurutnya, pihak berkuasa kini sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran di paip minyak berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 8:46 PM