PRAYUTH Chan-ocha
Reuters

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha menggesa rakyat negara itu berbelanja menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bagi membantu melemahkan mata wang Baht.

Baht menjadi mata wang paling cemerlang tahun ini apabila meningkat 7.5 peratus berbanding dolar AS sekali gus memberi tekanan kepada momentum ekonomi negara.

Katanya, rakyat Thailand perlu berfikir cara untuk berbelanja menggunakan dolar termasuk pelaburan dalam dan luar negara.

Menurutnya, kekuatan baht dipacu lebihan akaun semasa yang tinggi dan kedudukan kewangan yang kukuh yang menarik banyak aliran masuk dolar.

“Itulah masalah yang kita semua perlu baiki. Sekiranya kita berbelanja dalam dolar ia akan mengalir keluar dari negara ini,” jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 8:26 PM