KEROSAKAN rumah yang dialami selepas gemba bumi. FOTO/AFP
Reuters

ATHENS: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud direkodkan di barat laut pulau Crete di Greece hari ini, kata Pusat Gempa Bumi Eropah-Mediterranean (EMSC) dan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut EMSC, ia direkodkan pada kedalaman 56 kilometer antara kepulauan Crete dan Kythera.

Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Semalam, sekurang-kurangnya 21 maut di Albania apabila negara itu dilanda gempa bumi berukuran 6.4 magnitud, paling kuat berlaku di negara Balkan itu dalam beberapa dekad.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 November 2019 @ 6:00 PM