SERANGAN tentera Israel pada Khamis lalu. FOTO AFP
AFP

GAZA: Seorang rakyat Palestin yang cedera dalam serangan dilancarkan tentera Israel hingga mengorbankan lapan ahli keluarganya, dilaporkan turut meninggal dunia, kata kementerian kesihatan Gaza hari ini.

Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, rumah mangsa, Mohammed Abu Malhous al-Sawarka, 40, menjadi sasaran dalam serangan itu pada Khamis lalu, lapor AFP.

Katanya, serangan terbabit mengorbankan abangnya, Rasmi Abu Malhous bersama dua isteri serta lima anak mereka.

Israel berikrar untuk menyiasat insiden berkenaan selain mengatakan laporan risikan yang diterima menunjukkan tiada orang awam terkena serangan.

Mereka mendakwa Rasmi adalah komander Islamic Jihad namun penduduk Gaza mengatakan Israel mungkin tersilap identiti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 12:52 AM