KUMPULAN K-Pop, BTS bakal jalani ketenteraan. FOTO Agensi
Reuters

SEOUL: Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengesahkan anggota kumpulan BTS tidak terkecuali daripada latihan khidmat ketenteraan di negara itu termasuk juga bintang pop terkenal yang lain.

Reuters melaporkan, keputusan itu mungkin mencetuskan perdebatan sama ada golongan penghibur dan atlet harus menamatkan latihan selama 18 bulan itu ketika berada di puncak kerjaya mereka.

“Pengecualian latihan tentera terhadap artis pop ketika menaikkan nama negara bukan sebahagian daripada pendirian kerajaan dalam mempertahankan keadilan dan kesaksamaan,” kata kementerian ketika mengumumkan perkara itu kelmarin.

Tujuh anggota kumpulan berpengaruh itu mencetuskan gelombang dalam industri K-Pop apabila tiga album mereka berada pada kedudukan pertama di carta Billboard dalam tempoh tidak sampai setahun.

Di Korea, lelaki yang mencecah usia 18 tahun layak untuk menjalani pemeriksaan fizikal yang dilakukan Pentadbiran Tenaga Anggota Tentera untuk menjalani latihan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 6:35 PM