UJIAN DNA dijalankan ke atas 67 anjing, 62 darinya milik kelab berburu dan lima lagi kepunyaan Pilarski dan pasangannya. FOTO Agensi
AFP

LILLE (PERANCIS): Polis Perancis yang menyiasat kematian seorang wanita hamil kerana dibaham anjing ketika berjalan di hutan, melakukan ujian DNA ke atas 67 anjing bagi mengenal pasti penyerangnya, menurut penyiasat semalam.

Elisa Pilarski, 29, ditemui mati pada Sabtu lalu di hutan Retz, kira-kira 90 kilometer di timur laut Paris.

Bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat pendarahan teruk akibat digigit anjing di bahagian atas, bawah badan dan kepala.

Pendakwa raya yang mengetuai siasatan ke atas kematiannya, Frederic Trinh, berkata ujian DNA dijalankan ke atas 67 anjing, 62 darinya milik kelab berburu dan lima lagi kepunyaan Pilarski dan pasangannya.

Bagaimanapun, Persekutuan Memburu Perancis berkata, semua anjing yang menjalani ujian berkenaan tidak memiliki kesan gigitan dan membuktikan kesemua haiwan itu tidak bersalah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 November 2019 @ 3:28 PM