AMIRA maut ditimpa pokok kelapa yang tumbang. FOTO Agensi
Agensi

JAKARTA: Seorang wanita maut dalam keadaan menyedihkan selepas dia ditimpa pokok kelapa yang tumbang ketika sedang menunggang motosikal di sebuah kampung di Sulawesi Barat hari ini.

Lebih malang lagi, mayat wanita itu dibiar ditindih batang kelapa selama dua jam kerana penduduk tidak mempunyai gergaji untuk memotong pokok berkenaan.

Kompas.com melaporkan, ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai Amira, 29, menunggang motosikal di sebatang jalan di kampung Madatte, Polewali Mandar, Sulawesi Barat.

Secara tiba-tiba sebatang pokok kelapa sepanjang 50 meter tumbang lalu menghempap mangsa dan motosikalnya.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas sebuah jentolak yang lalu di kawasan membantu mengangkat batang kelapa berkenaan.

Menurut polis, mangsa maut akibat kecederaan parah di badan dan kepala.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 7:54 PM