GAMBAR hiasan.
AFP

BAITULMAQDIS: Sistem pertahanan antipeluru berpandu Israel memintas empat roket yang dilancarkan dari Syria hari ini.

 Tentera Israel dalam satu kenyataan berkata serangan itu tidak terkena penduduk negara terbabit.

 Sementara itu, letupan didengari berhampiran lapangan terbang Damsyik di Syria, lapor agensi berita SANA.

  Sejak minggu lalu, kira-kira 450 roket dilancarkan ke Israel dari Semenanjung Gaza susulan kematian komander kumpulan Islamik Jihad dan ketika itu, belum ada serangan dilancarkan dari Syria.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 1:29 PM