VIDEO menjijikkan yang dikongsikan ke Reddit. FOTO Agensi
Agensi

BERLIN: Seorang wanita dirakam melakukan perbuatan menjijikkan apabila kencing di atas alat kawalan PlayStation 4 sebuah kedai dengan kejadian dirakam sebelum dikongsikan dalam talian.

Video berkenaan dimuat naik ke Reddit semalam, tetapi dipercayai sebenarnya dirakam beberapa bulan lalu di dalam sebuah cawangan MediaMarkt, penjual barangan elektrik utama di Jerman.

Dalam rakaman itu, wanita berambut perang muda terbabit dilihat menghampiri PlayStation 4 yang memaparkan permainan FIFA terbaru, lapor news.com.au.

Wanita itu tiba-tiba dilihat melurutkan stoking dipakainya sebelum mencangkung di depan mesin itu dan sambil ketawa terus kencing di atas konsol serta alat kawalannya.

Dia kemudian melihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada yang melihatnya, sebelum menarik stokingnya semula dan beredar dari situ.

Lelaki yang merakam perbuatannya kemudian menunjukkan ‘peninggalan’ wanita itu yang turut termasuk sedikit tinja.

Sementara itu, wanita terbabit yang berjalan dari situ dilihat gelak sambil menutup mulutnya dengan tangan.

Rakaman itu rata-rata dikecam dengan pengguna Reddit menyelar perbuatan wanita berkenaan.

“Ini langsung tidak kelakar, malah amat menjijikkan,” kata seorang pengguna Reddit.

Seorang lagi berkata, wanita itu sepatutnya ditangkap kerana perbuatannya manakala tidak kurang juga yang menganggap dia patut dikenakan tuduhan jenayah seks kerana membuang air di tempat awam, seperti yang lazim dikenakan terhadap lelaki yang kencing di tempat terbuka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 1:14 PM