KEAADAN kilang biskut selepas serangan udara. FOTO AFP
Reuters

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya tujuh pekerja maut manakala 35 lagi cedera selepas sebuah kilang biskut dibedil dalam serangan udara di Tripoli, Libya, hari ini.

Jurucakap pihak berkuasa ambulans dan kecemasan, Usama Ali berkata, mereka yang maut termasuk dua warga Libya dan lima pekerja asing dari Bangladesh dan negara Afrika Sub Sahara, lapor Reuters.

Beberapa gambar yang didedahkan oleh pihak berkuasa menunjukkan beberapa mangsa cedera baring di dalam ambulans untuk diberi rawatan.

Sejak awal April lalu, tentera pimpinan Khalifa Haftar melancarkan serangan berterusan di beberapa kawasan orang awam di Tripoli.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 November 2019 @ 12:31 AM