MEDIA Amerika Syarikat melaporkan empat terbunuh dalam serangan di Fresno, Californoia.
Agensi

FRESNO, CALIFORNIA: Seorang lelaki melepaskan tembakan ketika satu keluarga berkumpul bersama rakan menyaksikan perlawanan bola sepak di halaman belakang sebuah rumah di sini, menyebabkan beberapa terbunuh dan beberapa lagi cedera parah, hari ini.

Reuters melaporkan, menurut jurucakap polis, dalam kejadian kira-kira 6 petang waktu tempatan itu, sembilan orang terkena tembakan penyerang yang kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.

Beliau berkata, talian kecemasan polis dihujani panggilan kecemasan jiran memaklumkan kejadian itu.

Pada sidang akhbar, polis belum menyatakan jumlah kematian, namun menyatakan beberapa terbunuh. Daily Mail melaporkan empat terbunuh.

Selain mereka yang cedera parah, beberapa mangsa memandu sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 2:28 PM