KEKECOHAN berlaku di Tehran berikutan kenaikan harga petrol. FOTO/REUTERS
AFP

TEHRAN: Seorang anggota polis Iran maut ditembak dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan dalam bantahan terhadap kenaikan harga petrol di Kermanshah semalam, lapor agensi tempatan IRNA.

Pada masa sama, satu lagi kematian membabitkan orang awam dilaporkan berlaku dalam bantahan sama di bandar Sirjan, lapor ISNA yang memetik pemangku gabenor, Mohammad Mahmoudabadi.

Ketua Polis wilayah, Ali Akbar Javidan berkata, anggota terbabit maut sehari selepas bertempur dengan kumpulan bersenjata.

Katanya, dia ditembak ketika cuba menghalang kumpulan terbabit daripada menyerang dan merampas balai polis.

“Penduduk di Kermanshah dan beberapa bandar lain melakukan bantahan secara aman dan kerisauan mereka akan diberi perhatian.

“Kebanyakan penduduk tidak menyokong kekecohan ini yang dicetuskan oleh sesetengah individu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019 @ 8:36 PM