KEADAAN setempat di Bolivia akibat daripada rusuhan. FOTO/AFP
AFP

LA PAZ: Empat lagi kematian dilaporkan dalam rusuhan di Bolivia, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa maut dalam pergolakan politik di negara itu kepada 23, menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Amerika (IACHR), semalam.

Kematian terbaharu itu diumumkan selepas lima penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan kelmarin, di tengah Bolivia, juga kubu kuat bekas presiden Evo Morales.

IACHR turut merekodkan sebanyak 122 mangsa cedera sejak Jumaat lalu.

Pertempuran ganas antara penyokong Morales dan pasukan keselamatan mula berlaku sejak Anez, 52, mengumumkan dirinya sebagai pemangku presiden, Selasa lalu, yang diluluskan Mahkamah Perlembagaan.

IACHR dilaporkan memandang serius arahan Anez yang memerintahkan pasukan bersenjata campur tangan dan mengecualikan mereka daripada sebarang tuduhan jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019 @ 3:30 PM