ANGGOTA keselamatan ketika menyelamatkan mangsa yang cedera. FOTO/REUTERS
Reuters

DHAKA: Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala lapan lagi cedera selepas satu saluran paip gas meletup hari ini, di bandar pelabuhan Chittagong, Bangladesh, kata seorang pegawai polis.

Polis tempatan, Mohammad Mohsin memetik saksi, berkata aliran paip gas yang meletup di hadapan bangunan setinggi lima tingkat meruntuhkan tembok luar bangunan itu.

“Mangsa tercedera sudah dibawa ke hospital manakala operasi menyelamat giat dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 November 2019 @ 3:10 PM