POLIS Indonesia berkawal di ibu pejabat polis selepas menembak mati dua militan. FOTO EPA
Agensi

MEDAN: Polis Indonesia hari ini menembak mati dua suspek militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan satu serangan bom berani mati di sebuah balai polis di Medan.

Ketua Polis wilayah Sumatera Utara, Agus Andrianto berkata, sepasukan anggota polis antipengganas menyerbu satu lokasi di kampung Hamparan Perak lokasi suspek berkenaan bersembunyi.

“Tiga suspek enggan menyerah diri dan melepaskan tembakan ke arah polis.

“Dua daripada mereka ditembak mati manakala seorang lagi berjaya melarikan diri,” katanya.

Ujarnya, seorang anggota polis cedera akibat terkena tembakan di kaki.

Polis berjaya menjejaki suspek itu selepas menyoal beberapa lagi suspel yang ditangkap selepas serangan bom berani mati di sebuah balai polis di Medan pada Rabu lalu.

Serangan itu menyebabkan enam orang cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 9:41 PM