SERANGAN itu dilancarkan meskipun gencatan senjata dikuatkuasakan dua hari lalu. FOTO AFP
AFP

GAZA CITY: Israel melancarkan serangan baru ke Gaza selepas beberapa roket dibedil ke negara itu, kata tentera awal pagi semalam.

Serangan itu dilancarkan meskipun gencatan senjata dikuatkuasakan dua hari lalu.

Berbeza dengan serangan awal minggu ini, tentera Israel dalam satu kenyataan berkata sasarannya bukan kumpulan Jihad Islam tetapi Hamas yang mentadbir di Semenanjung Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 1:47 PM