BAS yang membawa pegawai dan persiapan undi ke pusat pengundian diiringi polis. FOTO EPA
AFP

COLOMBO: Sekumpulan penyerang bersenjata api melepaskan tembakan ke konvoi lebih 100 bas yang membawa pengundi beragama Islam di barat laut Sri Lanka, hari ini.

 

Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum pengundian untuk pilihan raya presiden Sri Lanka bermula, kata jurucakap polis.

 

Setakat ini, belum ada laporan kematian dan penyerang bertindak membakar tayar di atas jalan raya serta mendirikan halangan untuk menyerang konvoi itu.

 

"Penyerang melepaskan tembakan dan membaling batu. Sekurang-kurangnya dua bas terkena tembakan, namun kami tidak menerima laporan kematian," kata jurucakap itu.

 

Penduduk Islam di bandar Puttalam dalam perjalanan ke daerah Mannar untuk membuang undi dan konvoi itu tiba di pusat pengundian selepas diiringi polis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 12:19 PM