PERHIMPUNAN haram kumpulan anti-topeng Polytechnic University di Hung Hom, Hong Kong. FOTO AFP
AFP

HONG KONG: Dua pelajar Jerman ditahan kerana disyaki menyertai perhimpunan haram di Hong Kong semalam.

Pelajar terbabit masing-masing berusia 22 dan 23 tahun, kata polis dalam kenyataan hari ini.

Menurut polis, pelajar berusia 22 tahun akan berdepan tuduhan kerana melanggar peraturan anti-topeng Hong Kong.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Jerman di Berlin mengesahkan penahanan dua pelajar berkenaan, namun tidak mendedahkan identiti mereka serta pertuduhan yang bakal dikenakan.

Menurut akhbar Jerman, Bild yang memetik kenyataan aktivis Hong Kong, dua individu itu adalah pertukaran pelajar di Universiti Lingnan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 November 2019 @ 10:40 AM