ORANG asli Australia melakukan demonstrasi menyalahkan polis atas kematian Kumanjayi Walker. FOTO EPA
AFP

SYDNEY: Polis Australia menahan seorang pegawainya atas dakwaan menembak mati orang asli lelaki berusia 19 tahun di hadapan keluarganya.

Polis berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka cuba menahan Kumanjayi Walker atas dakwaan harta dan menyerang polis di bandar terpencil di Yuendumu, pada Sabtu lalu.

Menurut sumber pasukan, pertikaian berlaku menyebabkan seorang pegawai polis yang ditikam di bahagian bahu melepaskan satu tembakan.

Walker dilaporkan mati di sebuah balai polis, manakala keluarganya mendakwa dia tidak dirawat selepas ditembak.

“Seorang polis lelaki berusia 28 tahun didakwa melakukan pembunuhan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Walker adalah orang asli kedua yang mati dalam tahanan polis, di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 11:20 PM