PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa yang terlibat dengan nahas. FOTO EPA
AFP

BRATISLAVA (Slovakia): Sekurang-kurangnya 13 maut manakala 20 lagi cedera selepas bas dinaiki bertembung dengan sebuah trak di barat Slovakia hari ini, kata perkhidmatan bomba.

AFP melaporkan, kemalangan dilaporkan berlaku di pinggir bandar Nitra yang terletak kira-kira 80 kilometer di timur Bratislava.

“Saya mengesahkan seramai 13 orang maut dan 20 lagi cedera dalam kemalangan berhampiran Nitrianske Hrnciarovce selepas sebuah bas bertembung dengan trak,” kata jurucakap bomba dan penyelamat, Zuzana Farkasova.

Katanya, polis turut menghantar beberapa helikopter untuk membantu operasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 11:11 PM