AFP

KABUL: Sekurang-kurangnya 12 orang termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh selepas sebuah van mini mengandungi bahan letupan merempuh sebuah kenderaan yang membawa warga asing pada pagi tadi.

Dalam kejadian itu, empat warga asing cedera dalam serangan yang mensasarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) milik syarikat keselamatan swasta Kanada, GardaWorld.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Marwa Amini, serangan di Kabul menyebabkan 12 orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh dan 20 orang cedera termasuk empat kakitangan Gardaworld.

Mereka terbunuh dalam serangan meletupkan diri sendiri adalah orang awam Afghanistan dan kerakyatan warga asing yang cedera tidak dapat disahkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 9:42 PM